Saturday, 18 August 2012 with 0 Comment(s)
Seseorang yang berjaya pernah berkata:"aku dilahirkan dalam keadaan sangat fakir dan keadaan itu telah menimpaku sejak aku dalam buaian. Aku telah merasakan pahitnya meminta sepotong roti kepada ibuku, pada saat dia tidak memiliki sepotong roti kering pun untuk diberikannya. Aku meninggalkan rumah pada usia sepuluh tahun dan aku telah bekerja usia sebelas tahun. Aku hanya belajar sebulan dalam setahun.
Setelah bekerja keras selama sebelas tahun, aku memiliki sepasang lembu dan enam ekor unta yang memberikan pulangan kepadaku sebesar lapan puluh empat dolar. Aku tidak pernah mengeluarkan satu sen pun untuk berfoya-foya dan kesenangan yang tidak berguna. Bahkan aku selalu menghargai setiap satu dolar yang aku perolehi sejak aku mulai tumbuh bekerja hingga aku berusia dua puluh satu tahun
Aku benar-benar merasakan letihnya bekerja. Aku sedar bahawa itu adalah perjalanan yang panjang untuk meminta pekerjaan kepada orang lain. Dengan bekerja seperti itu, aku berharap dapat meneruskan kelangsungan hidupku ini.
Pada bulan pertama saat usiaku menginjak dua puluh satu tahun, aku pergi ke hutan untuk menebang kayu. Setiap pagi sebelum subuh aku sudah bangun untuk melakukan kerja yang sukar itu sehingga malam hari. Ia aku lakukan hanya untuk memperolehi gaji sebanyak enam dolar di akhir bulan. Bagiku, setiap dolar dari enam dolar tersebut sangat bererti, seolah-olah ia adalah bulan purnama di tengah kegelapan."
